Kami terharu kerana sahabat semua menyertakan link kami ke atas setiap material dari web ini. A million thanks from us.

Wednesday, November 11, 2009

Walaupun berwajah baru tetapi Harakahdaily masih belum berubah. Ha Ha Ha !!!

oleh ali :

Salam one Malaysia. Hari ini kita akan dedahkan bahawa Harakahdaily masih dengan perangai 'tiny mistake' mereka. Walaupun 'tiny mistake' ia masih boleh menjatuhkan kredibiliti portal web organ Parti PAS tersebut.

Dr Mohd Asri Dikunjungi Ketua Dewan Ulama Pas

Ketua Dewan Ulamak PAS itu turut menjemput Dr Mohd Asri menyertai perjuangan PAS dalam menegakkan Islam di Malaysia. Dr Mohd Asri dengan penuh hormat berterima kasih atas jemputan itu dan menyatakan penghormatan beliau kepada Ketua Dewan Ulamak PAS berkenaan.


Orait. Mari bandingkan dengan laporan Harakahdaily dibawah ini yang bertarikh 6 November 2009.


Menurutnya, sejak Dr. Asri tamat pengajian di sebuah Universiti di Jordan, beliau belum bertemu dengan Dr. Asri, sehinggalah pada hari itu.

Image

(Gambar:Ustaz Harun bertemu Dr Asri di rumah Asri semasa pilihan raya kecil Permatang Pasir)

Ia berlaku sewaktu siri kempen Pilihan raya Kecil DUN Permatang Pasir di Pulau Pinang.

Katanya, rumah Dr. Asri berhampiran dengan kawasan Pilihan raya, dan sebab itu mungkin Dr. Asri menjemput beliau.

"Saya berbual ringkas, saya kata kepada dia, tidak sudah dengan duduk seorang (diri) maka lebih baik 'join' PAS,"kata Ustaz Harun sambil membaca hadis yang bermaksud (Wajib bagi seseorang kamu menyertai Jamaah Muslimin dan Kepimpinannya).

Katanya, Dr.Asri tidak menolak, cuma katanya beliau 'tunggu' dan berkata secara berseloroh, orang PAS sudah ramai.

Dalam laporan oleh wartawan Minda Tajdid ia melaporkan bahawa Harun Taib berkunjung ke rumah Maza pada 30 Oktober 2009. Dan gambar terbabit di ambil dirumah Maza pada tarikh yang sama. Tetapi Harakahdaily dengan selamba mengatakan gambar tersebut diambil semasa pilihanraya kecil Permatang Pasir. Wartawan Minda Tajdid tidak lapor pun gambar itu diambil pada masa Prk tersebut. Malah ia diambil semasa makan malam Harun Taib dan Maza pada 30 Oktober 2009. Haiyaa... Macam mana Harakahdaily boleh menambah-nambah kata diambil semasa Prk Permatang Pasir yang lalu ?? 'Silly Mistake' begini selalu terjadi bila penulis berita tidak menyemak berita asal dari sumber pertama.

Walaupun berwajah baru, kakitangan Harakahdaily masih dengan perangai mereka yang lama. Sepatutnya wajah baru, azam melaporkan berita terkini dengan cepat dan betul pun mestilah baru. Nanti kita diketawakan orang. Harakahdaily mestilah mendapatkan kepercayaan pemburu berita yang juga pengundi-pengundi rakyat Malaysia. Ia mesti mempunyai azam untuk menyaingi portal-portal berita web yang mendapat tempat dihati rakyat seperti Malaysiakini dan Malaysianinsider.

Reputasi Harakahdaily mencerminkan reputasi Parti PAS. Disebabkan ada label 'Islam' pada Parti tersebut, maka ia mencerminkan reputasi Islam itu sendiri. Jika persepsi orang ramai terhadap Harakahdaily adalah buruk, maka ia akan berjangkit kepada Parti PAS dan Islam. Penulis tidak kisah persepsi buruk itu hanya terjadi pada Harakahdaily dan PAS tetapi jangan pada Islam. Maka WAJIB bagi Harakahdaily memantau kualiti beritanya sebelum ia dilulussiarkan. Ia adalah tanggungjawab yang besar bagi mereka-mereka yang bertugas di Harakahdaily. Dengan harapan, nama Islam tidak dipandang buruk oleh masyarakat diluar sana.

Pesanan khidmat ringkas ini ikhlas dari kami di Baganutama :)

6 comments:

Anonymous said...

nok wak guane kalau puok2 perpaduang yang pegang atas tu... supa tula..

Anonymous said...

alaahaii...mende ni pon nak jadi isu

dah takde modal ke dah termakan tulah munafik ni

mende la si muanfik agung ni tak habis2 nakkan isu UG

aku tau la blog kau ni mmg takleh hidup kalau isu UG mati. maklumlah blog takde nilai camni serupa je macam puaka2 berbayar dalam umno tu

no to UG, no to EGM, no to munafikin si bagan utama

Anonymous said...

kalo mcm ni la harakah punya sikap... mmg la merosakan imej.. alo anon, jgn ko pikir benda ni bukan isu.. ini berkaitan ttg sikap kita terhadap tugas.. tugas menyampaikan berita.jd kenalah buat betul2 agar org awam menerima berita yg betul.

yg pandang ringan pd kesilapan walau kecil. mcmna pun inilah budaya kita bumiputera melayu. kalo buat kerja bukan mau sungguh2. cube try bg bangsa cina muslim yg run. aku rasa kita akan lihat harakah yg lbh baik.

kita kondem utusan dan media utama krn lapor benda yg tak betul dan silap. tp kita mcm na? kalo mcm ni.. kita pn sama.

Topeng Perak® Unmasked said...

Kena faham... HarakahDaily bukan lidah rasmi Parti PAS sebagaimana UMNO dengan lidah rasminya Utusan dan etc2...

HarakahDaily adalah lidah rasmi "individu" tertentu dalam PAS...

Mintak tukar kepada "KahKahKahDaily" lagi bagus...

ali said...

hahaha. Den faham sangat sapa yang kanda topeng perak maksudkan. Nanti den buat entry khas utk orang tu. Kah Kah Kahdaily.

Anonymous said...

abis blog ni ytak wat silap ke?

aku rasa lebih banyak berita sampah dalam blog ni berbanding harakahdaily

citer bakar chik tu ontohnya, apa bukti terbaru blog ni dapat? kosong. memang confirm tu fitnah n blogger ni sampah

pastu nak spin bole plak mintak bakar chik nafikan. nak nafi apa, takde mende bukti kau tunjuk pon