PAS Reform !
Kami terharu kerana sahabat semua menyertakan link kami ke atas setiap material dari web ini. A million thanks from us.

Wednesday, February 10, 2010

Warna-warni di Istana Kehakiman Putrajaya

oleh ali :

Salam satu Perak. Peh. Hari ni den berada di Putrajaya. Nak saksikan sendiri kekalahan Pakatan Rakyat dari menguasai kembali Negeri Perak. Den takdo la buat live coverage dari sana macam orang lain. Den bawak kamera cokia dan nset nokia yang ado lampu. Tu yo lah. Yang buek den semangat nak datang tu sobab ado blogger nak belanjo den makan. Bilo ado orang nak rasuah den makan kebab arab memang den laju datang, selaju kereta ferari den. Semuo gambar-gambar kek bawah ni boleh diclick for enlarge.

"Kak, biar boto nak belanjo den, ni dugong darat dengan dugong air tawar pun akak kono belanjo sekali"
"Takpe-takpe, bawak je semua dugong-dugong yang ada kat situ"
"Serius ni kak?"
"Serius la. Takkan la akak nak memain lak"
"Ok-ok. Roger and out"

Den sampai dalam pukul 9.30 pagi. Pekara pertama den lakukan bilo sampai ialah den cari Dugong Darat. Den kol dio tak angkat. Mano pulak dio pogi nih. Risau lak den. Maso sampai tu den dah terkejut bosar. Ni den salah mahkamah ko? Ado himpunan BERSIH maa. Mano Mat Sabu?

Ramai pakai baju kuning kek belakang Ashwad Asmadi tuh. Maso ni den sajo bagi flash tinggi. Bagi mato dio sakit. Sori la bai. Ekau takdo la hensem bona dor bilo kono flash.

Last-last den jumpo gak dugong darat. Rupo eh dio dalam under cover mission. Gilo Mat Saman Kati bagi Dugong Darat misi ni. Punyo la berlagak roman eh. Takpo kito kenkawan faham. Ha Ha Ha.

Grup baju kuning buat bising. Yang kek dopan ni buat solat. Den tak tahu la buek solat apo. Qodho' Solat Subuh secara jemaah kot. Ibadat dengan Tuhan ni kono tonang dan ikhlas. Bukan nak menunjuk-nunjuk. Kito tak mampu nak kawal jobo dalam diri bilo solat diperhati kek orang. Den nak mintak tolong kek kenkawan la, pernah tak Nabi Muhammad solat Hajat berjemaah bersamo para sahabat? Contoh macam sebelum perang Badar ko, sebelum pembukaan Mekah ko, sebelum perang tabuk ko? Sobab den cari kat hadis takdo la. Ibadat kono ikut nabi bai. Mano boleh sebarang. Tolong kot ado yang tahu. Hadis sahih, jangan lak hadis palsu ekau bagi kek den.

Tun Faisal pun ado maa. Ini lah wajah pengasas Cybertroopers UMNO. Siap ado biodata kek wikipedia [link]. Tun Faisal mendapat repot yang Parpukari dan Papa Gomo ponteng arini. Itu yang dio datang cek. Gaji dah bayar mahal tapi tak buek kojo. Mano la orang tak marah.

Den tak tahu la. Samo ado mato den salah memandang atau ...? Sobab yang datang sokong Pakatan Rakyat takdo yang mudo. Dah tuo bangko macam Wak Albanjari. Mano poie yang mudo? Ado yang mudo tapi tak ramai.

Ni maso BN meraikan keputusan mahkamah yang Zambry adalah Menteri Besar Perak yang sah. Den poie dekat dan terdongar perbualan ni.

"Huiyoo Ganesan, manyak syok la you dapat pegang tangan 2 amoi. Wa dapat pegang satu maa."
"Ayoyo, lu tak baik tamak-tamak. Sedap maa pegang tangan amoi Melayu"
"Lu jangan pegang lama-lama Ganesan."
"Huuuuu. Manyak syok maa"
"Ganesan! Lu punya mata sulah tertutup sepaluh, stim ka?"
"Jangan kacau lah. Huuuuu. Best woo"

Blogger Ummuasiah sedang mecari suami di tengah khalayak ramai. Kacak woo laki dio. Kalau tak dijago, Ummuasiah bakal mendapat payung emas di padang Mahsyar nanti. Mak Ngah den dah semakin tamak. Tak cukup satu, dio nak 2 payung emas. Orang tamak selalu untung maa.

Ok la, den tarik balik cakap den tadi. Ado jugak muda-mudi yang join Pakatan Rakyat. Pompuan yang pakai baju kaler biru tu tadi mintak nombor fon den. Dio cakap dio kenal den. Marin sesamo belajar kek Tadika Pasti koba eh. Tapi den tak pernah pulak masuk Pasti. Misteri nih.

YB Mahfuz Omar serius menjawab soalan wartawan. Dibawah ni ado sedikit catatan den mengenai soaljawab YB Mahfuz dengan press.

"Saya masih tak berpuas hati. 5 mangkuk MP PAS yang tak hadir dalam pengundian bajet 2010 yang lalu masih tidak dihukum. Saya marah kepada mereka berlima dan juga Parti saya sendiri kerana tidak mengambil tindakkan tegas terhadap mereka. Mereka berlima telah menabur pasir ke dalam periuk nasi rakyat"
"Tapi YB Mahfuz..."
"Takdak tapi-tapi lagi dah. Yang benar tetap benar, yang mangkuk tetap mangkuk. Saya sendiri akan berjumpa Tuan Ibrahim Tuan Man sebentar lagi untuk membuat aduan mengenai pekara ini. Terima kasih harus kita berikan kepada adik Ali Baganutama kerana mengingatkan saya akan isu ini," sambil pandang muko den. Apo hal pulak dio ni jual namo den.
"Tapi YB..."
"Tapi apa lagi ni bai. Awak ni dari paper Utusan Malaysia ka?"
"Tidak. Kami dari Agensi Berita FAKAP. YB adalah salah seorang daripada 5 MP PAS yang tidak hadir tu. YB telah memangkukkan diri sendiri. Tahniah!"
"Awak salah orang ni. Saya ketika itu berada di Jakarta atas urusan peribadi dan saya telah ..."
"Sendiri nafi, sendiri mengaku. Mangkuk punya YB. Jom interview orang lain pulak. Dia tengah jobo tu. Jangan layan"

Peh. Time den tangkap gambar ni, den teringat Anwar Ibrahim maso zaman reformasi 1998. Nizar ni ada iras-iras ganti Anwar jika Anwar masuk jail balik jika didapati bersalah merogol Saiful Buhari.

Den bukan peduli sangat dengan keputusan hakim. 5-0 tu memang patut Pakatan Rakyat dapat. Macam Manchester United lawan Pompey aritu. Tigo own goal. Samo lah dengan 3 Adun Pakatan yang melompat BN. Padan muko. Menyusahkan rakyat. Lain kali pilih Super Katak bai.

Hari ni den bersyukur dapat beramah mesra dengan blogger alhusseyn dan uncle Wanjo disamping hepi dapat berjumpo balik dengan sahabat-sahabat yang berbakti semasa Prk Bagan Pinang macam blogger dugong darat, Ummuasiah dan Sya-reformis.

Den carik Wak Albanjari. Tapi tak jumpo. Habis keliling mahkamah tu den carik. Blogger lain cakap jangan cari sobab dio memang tak datang. Hampo den. Sobab Pak Ngah den sejak kawin baru ni suruh cari ubat air pancut la pulak. Kot ado Wak tadi boleh boli dengan dio. Blog dio kan kayo dengan iklan ubat air pancut. Tapi bilo den cek kek internet, Albanjari buat live coverage dekat mahkamah Putrajaya nih. Biar benar. Polik den. Sobab carik tak jumpo. Dio pakai jin ko? Tapi itulah kelebihan ahli PAS seumur hidup macam Wak Albanjari. Anda tidak dikira munafik jika menjadi ahli PAS seumur hidup. Power beb.

Aku bukan Cyberboron dengan tulisan Ilmiah dan penuh isi yang enak dan elok dibaca. Aku juga bukan macam Albanjari yang mampu kelentong korang macam dia berada di lokasi padahal duk kat Umah. Aku juga bukan macam Topeng Perak yang tulisannya naratif yang hebat pernah aku jumpa. Kalau suh provoke, 'his the best'.

Ha Ha Ha. Sabar yolah. Penipu ramai zaman sekarang ni bai. Pandai atau tidak korang rebranding penipuan korang. Dunia akhir zaman ni pepandai la nak selamatkan diri. Manusia menipu semata-mata nak mencari keuntungan diri sendiri maa.

Monday, February 8, 2010

Agensi Perisikan Rusia juga terbabit?

oleh ali :



Salam ... Dunia semakin ghairah mencipta manusia individualistik maa. Dalam individualistic society, kasih sayang antara 2 jiwa adalah palsu. Solekkan semata-mata. Sikap ke'aku'an ini sekarang sudah menebal. Kasih sayang tu cuma boneka nak dapatkan sesuatu untuk memuaskan nafsu sendiri. Lelaki atau perempuan, tiada bezanya dalam zaman ni.

Kemanusiaan

Tapi, masihkah ada apa yang dikatakan sebagai cinta? Ada kot. Mesti la ada. Cuma kena jujur dengan diri sendiri. Ini dengan Tuhan pun kau tak cinta, tiba-tiba harapkan cinta suci dari orang lain. Boleh blah la woi. Tak payah pergi jauh. Lihat sahaja orang-orang disekeliling anda. Adakah anda dikelilingi oleh orang yang bahagia kerana cinta? Lagu KGB ni den pernah dengar masa zaman dulu-dulu. Zaman Paleolitik marin. Lagu dan liriknya indah. Ada unsur manusiawi. Ado unsur kemanusian yang semakin hilang pada hari ini. Bukan senang nak dongar lagu dari Agensi Perisikan bekas Soviet Union ni bai. Empayar komunis Soviet Union runtuh, maka lenyap lah kumpulan KGB ni sekali. Walaupun dilatih oleh bangsa Rusia, Melayu maa. Hangat-hangat taik ayam. Ha Ha Ha.

Bahasa Melayu

Anyway, Bahasa Melayu sebagai Bahasa nombor satu di Malaysia memang indah. Lirik lagu ini telah terbukti indah kek den. Tapi den polik bilo orang Melayu mengagung-agungkan bahasa omputih. Belajar la bahasa omputih tu. Den tak marah dor. Tapi jangan merendah-rendahkan bahasa sendiri. Jangan pandang rendah pada orang Melayu yang tak reti cakap omputih. Yang den nampak, orang-orang Melayu yang pandai cakap omputih telah mencipta kelas masyarakat mereka sendiri. Dan kelas masyarakat ini pula memandang rendah kelas masyarakat Melayu yang tak cakap omputih sebagai paria. Padahal dulu kelas Melayu yang berbahasa omputih ini dihantar kerajaan belajar di luar negeri dengan wang rakyat. Rakyat yang tak reti cakap omputih ni punyo duit. Sekarang, sapo yang paria? Pandai lak marah tu bilo cakap dio bukan Melayu. Bukan bahasa menunjukkan kan bangso ko?

Kembali ke akar

Walaubagaimanopun, kelas masyarakat Melayu yang berbahasa omputih ni tak banyak. Tak majoriti pun. Itu sobab grup Butterfingers dan OAG yang pernah jobo dengan album berbahasa omputihnya telah convert balik ke alam Melayu. Grup ni terpaksa ikut market. Nak hidup maa. Sapo nak boli bai kalau album omputih padahal market berbahasa Melayu. Ha Ha Ha. Nyatalah selain kita kehilangan cinta manusiawi dari jiwa, kita juga hilang mencintai bahasa ibunda sendiri. Cintailah Bahasa Melayu sebagai Bahasa Malaysia!

Yang kurik itu kendi,
Yang merah itu saga,
Yang cantik itu budi,
Yang indah itu Bahasa!

Saturday, February 6, 2010

Team 2010 tidaklah sebijak mana - Part 2

oleh ali :

Previously on "Part 1"

Salam satu Malaysia. Den nak tarik balik kata-kata den yang mengatakan team ni genius. Memang Team 2010 pun sama mangkuk macam Team 1998. Tahniah kepada Bro Ikut Suka Aku. Bro Isa awal-awal lagi mengesan kemangkukkan Team 2010. Untuk lebih lanjut [sila klik]. Apo yang boleh den ringkaskan :

1] Kenapa Saiful Buhari yang memiliki K Y Jelly? Padahal dia yang kena rogol. Sepatutnya orang yang merogol memiliki K Y Jelly. Jelly itu patut dirampas dari Anwar Ibrahim bukan dari Saiful. Sapo yang kono rogol ni bai?

2] Spendar Saiful yang berjenama Levi's diambil dirumah tunangnya pada 28 Jun 2008. Jap- jap. Mangsa rogol kita ado tunang la bai. Ini sudah kes bersekedudukan. Boleh lak lepak-lepak kek rumah tunang. Macam rumah makbapak dio sendiri. Spendar tu diambil dekat tepi mesin basuh rumah tunangnya. Peh. Macam laki bini mangsa rogol kito ni dengan tunangnya. Di mana Jawi/Jais? Lekaslah buat tuduhan bersekedudukan ke atas Saiful. Dio dah mengaku dah tu. Karang den tuduh makan gaji buto, ekau marah.

Dalam tajuk ini kita tak boleh minta bantuan Team MythBuster. Ia membabitkan fact and figure. Ini bukan mitos lagi. 2 point di atas memerlukan perincian dan fakta. Pepandai la korang roger team CSI pulak. Pilihlah yang mano berkenan di hati. Nak team CSI Miami? Las Vegas? New York? Sukohati anda. Eh bai, team CSI Malaysia macam mano pulak? Den bukan tak patriotik, tapi boleh cayo ko.

Den memilih Team CSI yang ini. Pasal dio yang paling cool dan paling lamo ditayangkan kek tivi. Ha Ha Ha.

"Eh jap-jap. Jang, K Y Jelly tu apobondo eh?"
"Ese pun tak tahu nak mengoba 'an kek atuk. Dio macam minyak rambut"
"Nak merogol orang pun kono pakai minyak rambut. Apo nak jadi dengan orang zaman sekarang. Nak tunjuk hensem bilo buek jahat"
"Bukan macam tu tuk. Ala dio macam minyak pelincir keto"
"Bingai, nak merogol pun pakai minyak pelincir keto ko. Apo kejadah eh. Hilang akal ko"
"Tuk ni jantan rogol jantan tuk. Dio tak samo. Dio memang pakai pelincir"
"Uiks! yo ko? Mano lobang dio pakai?"
"Lubang hidung"
Pangggg !!!

Gambar sehari selepas Saiful Buhari DILIWAT

oleh ali :

Salam satu Malaysia. Gambar ini sedang tersebar luas di internet. Foto ini didakwa diambil pada 27 Jun 2008 sehari selepas Saiful Buhari dirogol oleh Anwar Ibrahim. 26 Jun Saiful Buhari kena rogol. 27 Jun, mangsa rogol ni boleh buat kopi untuk Anwar. Peh. Ini baru mangsa rogol yang cool. Mangkuk ni cuba menipu dan merendah-rendahkan intelek rakyat Malaysia di mahkamah. Tak dapek tu dor bai. Hanya Papa Gomo dan Parpukari sahaja yang 'percaya' cerita Saiful Buhari diliwat kerana menjadi anjing kepada tuan yang memberi mereka makan. Apa boleh buat, daripada 2 mangkuk ni mencuri dan menjadi peragut, lebih baiklah menjadi pemfitnah untuk mengembirakan majikan.

Muka Saiful sedang menahan berak untuk hari pertama selepas dirogol oleh Anwar. Korang ado gambar hari kedua tak? Bai, den nak buat analisis bersama geng-geng MythBusters. Serius ni bai.

Macam mano la agak eh limo ekor ni buat ujikaji menahan berak 2 hari selepas diliwat. Menahan berak 2 hari sambil melakukan aktiviti rutin dalam keadaan normal adalah mitos yang perlu dipecahkan. Korang tulis email kat MythBusters tentang Saiful Buhari dan mitosnya. Sanggup tak 5 mangkuk ni membuat eksperimen tentang mitos si Saiful tu?

Mata TITM berkaca. Mengapa?

oleh ali :

Salam Jalan Raja Laut. Cuba anda perhatikan betul-betul mata kiri Tuan Ibrahim Tuan Man. Berkaca bukan? Sebenarnya mata kiri dan mata kanannya digenangi air mata. Jika perasaan TITM tenang dan tidak berbolak-balik, maka ia tenang membacakan keputusan pergantungan Khalid Samad selama 6 bulan. Tentu matanya tenang tanpa air mata.

Mata kiri TITM jelas berkaca.

Ilmu jiwa-jiwa

Jika ikut ilmu kemanusiaan yang den pelajari, bila mata kita berkaca sedangkan situasi tidak memerlukannya maka ada something wrong telah berlaku. Wajah manusia terutama mata tidak boleh menipu. Politician pakar dalam bab mengawal ekspresi wajah. Kira ahli politik ni pakar menipu bai. Tetapi tidak bagi TITM. Beliau jujur tetapi terpaksa mengucapkan sesuatu yang tidak selari dengan hati nuraninya. Itu sebab matanya digenangi air lantaran menanggung beban membuat keputusan yang tidak mengikut kemahuan hatinya. Mata TITM tidak menipu.

Cahaya dari mata kirinya berkelip kerana menandakan adanya sejumlah zarah-zarah air mata di situ.

Jika itu bukan keputusan TITM, abis siapa yang memutuskan pergantungan Khalid Samad? Adakah Mustafa Ali dan Harun Din membayangai keputusan TITM? Suka diingatkan bahawa orang yang melantik Hasan Ali menjadi Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor ialah Presiden PAS. Jika Hasan Ali digantung, maka nama Hadi akan terpalit sama kerana memilih orang yang salah. Ia menggoncang kredibiliti Hadi yang sudah sedia dipersoalkan oleh publik.

Spekulasi

Mengapa den mengatakan Mustafa Ali membayangi keputusan TITM? Sebab Mustafa Ali boleh memilih aduan mana yang boleh dirasakan menguntungkan puaknya. Mustafa Ali boleh tapis aduan sebelum sampai ke tangan TITM. Mak ai, baik Mustafa Ali jadi Ketua JK-Displin. TITM cuma menjadi boneka yang disolek hias membacakan keputusan yang telah diputuskan oleh Mustafa Ali untuk mengabui mata para pengundi. Mustafa Ali nak jaga nama baik Hadi dan puaknya. Itu sebab UMNO tidak menyerang PAS dalam isu ini, kerana ia menguntungkan UMNO sendiri. Puak ini lah yang bersedia bergabung dengan UMNO menerusi Kerajaan Perpaduang atau Unity Government.

UMNO cerdik

Kalau nak diikutkan, UMNO lagi terang bersuluh boleh mempersoalkan kenapa Hasan Ali kena amaran tetapi Khalid Samad kena gantung kerana ia dilihat tidak adil pada mata kasar. Umno mainkan isu tu je, rakyat dah boleh ragu terhadap sistem keadilan dalam Parti PAS. Tetapi UMNO relax je. Buat dunno bai. Sebab tak untung la serang puak yang bersetuju dengan mereka. Dalam politik, bila parti lawan tak menyerang ia menunjukkan parti lawan bersetuju dengan keputusan kita. Keputusan yang sebenarnya menguntungkan parti lawan.

Bila fikir-fikir balik, den simpati dan kesian dengan TITM. Beliau terpaksa sedangkan ia tahu kata-katanya semasa membacakan hukuman Khalid Samad bakal membuatkan rakyat loya dengan PAS. Rupanya susah kita nak cari hero pada zaman yang penuh keributan ini.



Saksikan sekali lagi youtube yang dimaksudkan.

Friday, February 5, 2010

Agak-agak apa cerita di kedai kopi anda? Saiful tak berak 2 hari atau kehilangan 2 lagi enjin jet?

oleh ali :

Salam satu Malaysia. Agak-agak apa tajuk sesi mengumpat di kedai kopi di tempat anda? Saiful tak berak 2 hari [link] atau 2 enjin Jet Sukhoi "lesap"? Cerita Saiful tak berak sebab nak jaga air mani Anwar Ibrahim dari lupus dirasakan lebih sensasi untuk bergosip di kedai kopi. Penting ke cerita itu dari keselamatan negara yang dah sedia longgar? Sebelum ni 2 enjin Jet F5e yang hilang dalam inventori ATM, sekarang enjin Jet Sukhoi pulak bai.

Ini bukan cito memain. Sudah lah Zahid Hamidi kata rahsia negara sudah terbocor. Ini belum kita kenang kembali macam mano geng-geng Al-Ma'unah begitu mudah mencuri senjata api ATM semasa kes di sauk dulu. Senyuman Lee Kuan Yew dah tentu senyum menghina bila dengar nama Malaysia. Den seru kenkawan besar-besarkan cerita kehilangan 2 enjin Jet Sukhoi yang canggih boleh hilang di kedai kopi. Media massa sengaja menghilangkan berita ini. Sebagai modal cerita di kedai kopi anda tentang isu enjin Jet Sukhoi lesap, sila klik [link omputih] dan [link bahasa Melayu].

Kalau enjin jet canggih pun hilang, kita sebenarnya dah takde harapan untuk mempertahankan negara ini dari dijajah secara fizikal oleh kuasa luar. Sudahlah mereka berjaya menjajah minda dan ekonomi kita. Hopeless bai.



"Tenang bai jangan kecoh-kecoh"
"Mangkuk, namo den ali la bukan Man Bai"
"Bai eh ali, jom dengar lagu cerita kedai kopi ni. Best"
"Apo den dapek kalau nongar lagu nih? Bukan boleh dapek duit"
"Suko hati kau lah. Emo tak memasal. Macam betino"

KAPITALIS untung besar dalam kes liwat Anwar kali ini

oleh ali :

Den maleh nak bagi salam. Dalam loya-loya den folo kes liwat Anwar ni, den dapek mengesan yang mendapat untung dari kes ini selain dari Najib ialah Kapitalis. Ini bukan sebarang kapitalis bai. Ini kapitalis yang bikin spendar. Den tak tahu la berapa juta yang Levi's bayar Saiful Buhari untuk mempromosikan seluar dalam keluaran mereka. Branded tu bai. Den pun tak mampu nak boli spendar brand Levi's ni. Peh. Kaya raya budak Saiful ni. Jualan spendar Levi's pula dijangka meningkat 300% selepas ini. [link]

Ni kaler kelabu ko?

Ni spendar untuk bebudak. Ado kaler kelabu. Yang ni kot yang dipakai oleh Saiful pada hari kejadian. Mesti cute Cik Saiful kita time tu.

Tak adil la just cite pasal spender Saiful je bai. Karang kocik hati si Nuar tu karang. Inilah agaknya spendar Anwar semasa hari kejadian. Spendar orang tuo mano ado jenama. Tak pecaya tanya Wak Albanjari. Ha Ha Ha.

Dalam seminggu ni dijangkakan den boikot makan Kuih Samosa. Loya bai. Den tak tahu la korang punya taste macam mano. Kot lalu makan, memang den respek.

Thursday, February 4, 2010

Zulkifli Nordin, anda tidak layak menjadi PENDAKWAH

oleh ali :

Salam satu Malaysia. Mula-mula mari kita lihat utube khas dari Malaysiakini.



Dah lihat sampai habis? Zulkifli Nordin prejudis terhadap Malaysiakini. Malah melabelnya sebagai portal web yang setalam dengan Utusan dan TV3. Sedangkan Malaysiakini sedang membuat coverage tentang opinian anda. Malaysiakini sedang memberi ruang kepada anda dalam bual bicara ini. Luahkan perasaan anda dan jawab dengan tenang. Bukannya memaki balik pihak yang telah memberi anda ruang. But yet, Malaysiakini masih lagi menyiarkan bual bicara anda di portal mereka. Itulah keterbukaan Malaysiakini. Apa punya mangkuk daa.

Sebagai pendakwah, anda tidak boleh mempunyai sangkaan buruk terhadap orang yang anda nak dakwahi. Jika anda sudah ada sangkaan jahat terhadap mereka-mereka itu, anda sudah menjadi penghukum. Nabi mana pernah ajar ini semua. Tolong jangan undi mangkuk ni lagi. Isu di sini ialah sikap prejudis Zulkifli Nordin. Isu lain den taknak ulas.

Mari kita label mangkuk ni sebagai agen UMNO.

Team 2010 kali ni bijak

oleh ali :

Salam Desa Damansara. Loya pun ado bila den folo kes liwat kedua Anwar Ibrahim nih. Masa kes liwat pertama dulu, Anwar Ibrahim dituduh meliwat Azizan, drebar Anwar sendiri. Muko Azizan secara jujur den cakap memang tak hensem. Ghoman pocah rumah. Bijak lah "team" kali ni pilih watak yang kono liwat tu. Kacak sikit dari Azizan. Marin maso tahun 1998, team dulu punyo mangkuk boleh lak buat lawak dengan mendakwa Anwar boleh meliwat secara Tagteam bersama-sama dengan Azizan dan Munawar Anees.

Team tahun 1998 juga boleh buat anda riang ria dan ketawa dengan aksi petunjukkan mengangkut tilam ke hulu ke hilir keluar masuk dalam mahkamah. Yelah, maso tu Tivoli Vila belum wujud lagi. Kali ni kondo tu memang terbukti ada. Jadi Hakim sendiri turun ke Kondo yang dimaksudkan semata-mata hanya nak tengok tilam. Tak hebat tu. Team 2010 memang lagi hebat dari Team 1998 walaupun sebenarnya mangkuk jugak den tengok. Tilam kali ni sangat berat. Itu pasal tak boleh angkut ke hulu ke hilir. Patah pinggang maa.

Di sinilah Anwar meliwat saya. Tuan Hakim nampak tak yang kuning-kuning tu.

Anwar meliwat Munawar Anees? Kamon la bai. Bikin malu company la ekau ni jang.

Anwar Ibrahim pun WAHABI daa

oleh ali :

Salam satu Selangor. Apa nak jadi dengan JAIS ni bai? Tolong baca link ni [link]. Pengarah JAIS dan Exco Agama Selangor ni memang munafik. Dopan Anwar Ibrahim tunduk dan buat muko jobo. Orang Melayu ni memang suko tikam belakang. Bukan main belakang. Jangan salah baco bai. Gambar yang den amik ni sebagai bukti yang duo ekor tu punyo la tunduk dopan Anwar tetapi di belakang Anwar, sapo yang tahu bai.

Gambar di ambil semasa kembara den ke Shah Alam untuk bertemu dengan Prof. Dr. Syeikh Yusuf Al-Qaradhawi. Bukan sonang nak jumpo ulamak bertaraf Mujtahid datang ke Malaysia.

Mari melawat Tivoli Villa

oleh ali :

Den maleh nak bagi salam. Mangkuk la kes ni. Ha Ha Ha. Den masih ingat lagi maso tahun 1998, pemandu Anwar dan Anwar Ibrahim melakukan aktiviti "main belakang" di Tivoli Villa. Tarikh dia melakukan aktiviti tu boleh lak silap sebab Tivoli Villa masih dalam pembinaan. Mangkuk gak pendakwaraya ketika tu. Tapi kali ni mangkuk-mangkuk tu dah cerdik. Kondo untuk Saiful dan Anwar untuk aktiviti main belakang dah lamo siap. Den ucapkan tahniah lah kepada mereka-mereka itu. Bukan sonang bai nak buek cito bohong [link].

Saiful dengan gaya macho di Kondo Desa Damansara. Peh, kalau dulu drebar Anwar pakai helmet masuk court, si Saiful boleh bergaya dengan jobo. Respek den. Cubo korang cek akaun si Saiful tu. Berapo agak eh yang dio dapat?

*Gambar diambil dengan kebenaran dari Ummuasiah. Nantikan gambar penuh warna-warni dari blog beliau [link] . Kak Nashita ni macam wartawan rakyat lah :)

Wednesday, February 3, 2010

Wajah Papa Gomo tersebar !!!

oleh ali :

Salam satu Malaysia. Wajah Papa Gomo tersebar bai. Masuk dalam tivi. Kita dah tahu dia punya jobo macam mana dalam blog dan facebook. Dalam tivi jobo dia berganda-ganda. Jobo mangkuk tu bila dah keluar tivi.

Opps ini bukan Papa Gomo. Ini wajah Mendiang Micheal Jackson.

Papa Gomo sedang jobo. Kepada penyokong Anwar, jangan lupa pada Papa Gomo. Papa Gomo ni manja sikit bai. Setakat berlagak dalam blog, boleh lah si mangkuk ni. Kasihani la dia.

Tun Faisal adalah Exco Pemuda UMNO yang mengetuai Unit Media Baru UMNO. Papa Gomo, mu dapat gapo dio dari Tun Faisal? Mestilah duit gaji bulanan bai.

Obesiti adalah penyakit. Kalau dah sampai ke otak, otak akan kaler kuning ikut warna lemak. Khairy Jamaludin akan letak jawatan jika Parpukari berjaya menguruskan badannya. Tetapi itu tidak akan berlaku. Percayalah. Dilarang menyandang beg macam Parpukari. Nanti orang ingat anda wanita pulak. Kalau anda gemuk macam Parpukari la.

*Catatan : Kawan den pernah dirapati oleh Pemuda UMNO lalu ditawarkan kerja dibawah Kementerian Penerangan berserta gaji bulanan yang lumayan. Tugasan kerjanya amat mudah. Join facebook, lalu lakukan kerja propaganda UMNO dalam facebook. Pengaruhi seramai mungkin pengundi di facebook. Itu sahaja. Segala bahan atau material telah disediakan. Kejadian berlaku lebih kurang 2 bulan yang lalu. Kawan den tolak tawaran tu.

Apa itu CINTA?

oleh ali :



Salam ... Secara jujurnya den baru dengar lagu ni pukul tigo tadi. Sebelum ni tak ponah den nongar dor. Itu pun dapek dari facebook. Lagu dan liriknya amat menusuk kalbu den. Apo lagi den mulakan operasi mencari lagu ni kat youtube lak. Inilah satu-satunya lagu yang den dongor berulang kali sampai 15 kali. Peh, kalau baca Quran tadi musti dah abis setengah juzuk. Apo dah jadi dengan den? Nak cakap malu, tapi kali ke 13 tu mato den berkaco lah. Masuk pasir agak eh la. Malaysia ni semakin lamo dah semakin hilang kasih sayang. Itu pasal ramai yang sanggup menggadaikan maruah hanya semata-mata untuk meraih kasih sayang. Entahlah. Tuhan, berikan kami petunjukMU.

Den tak tahu la, jika dari lirik lagu tu, memang untung jantan tu jiko dapek betino yang sebegitu sifatnya. Untung besar beb. Ciri wanita yang sebegitu lah yang para suami dambakan. Masalahnya, den seolah-olahnya yang menyanyikan lagu tu. Kiro den la yang paling setio bai. Tapi den la yang dio ditinggalkan. Agak-agak dimana Parti Keadilan rakyat ketika itu? Masuk kali ke 15, mato den bukan setakat berkaco, dah keluar air mato. Hadoihai. Kadang-kadang den ni lebih perempuan dari perempuan. Kenkadang lebih jantan dari jantan. Itulah agaknya manusia. Punya jiwa dan perasaan. Den tak mampu nak abiskan artikel ni ....

"Ali, lu jiwang la"
"Woi mangkuk, den hompeh keyboard ni kek kepalo kau karang baru kau tahu"

Apa jadi dengan kes Anwar Ibrahim?

oleh ali :

Salam satu Malaysia. Jangan risau, Anwar pasti ke penjara.

Apa jadi dengan Lajnah Ibu Kota? Tahniah kepada Rumah Sinar Salam

oleh ali :

Salam Kuala Lumpur. Den nak ucapkan tahniah juga kepada krew Malaysiakini yang bikin coverage ini. Walaupun den jauh dari KL, tapi mereka-mereka yang tersisih adalah saudara seMalaysia dan saudara seMuslim kita. Layaklah kita semua ambil berat dan prihatin terhadap mereka. Dakwah dan santunilah mereka. Janganlah anggap kita ni dah layak ke syurga sudah memandang jijik dengan manusia-manusia yang berbahasa lu gua. Tak kira la samada pelacur atau penagih dadah. Tidak kira tua atau muda.

Takut di tanya kek Tuhan di Padang Mahsyar nanti, "Wahai orang-orang yang mengaku beriman kepada KU yang berada di Bangunan PAS Jalan Raja Laut, kenapa kau abaikan hamba-hambaku di Jalan Chow Kit? Di mana kasih sayangmu kepada saudaramu yang tidak terbela dibawah sana? Muhammad kekasihku tidak pernah mengajar dan memandang jijik kepada manusia lain sedangkan hidayah berada di TanganKU. Lalu ajaran siapa yang kamu ikuti?" Peh.

Ekau nak jawab macam mana Kamaruzzaman? Profesor Aziz Bari takkan dapek nak menolong kau. Dah la kau kutuk dia kaw-kaw maso prof datang ke Taman Melewar aritu. Takkan nak salahkan Polis semata. Proaktif la bai. Lajnah Ibu Kota di bawah kendalian hang. Buatla kojo sikit [link]. Contohilah Rumah Sinar Salam. Action speak louder than words. Tahniah Rumah Sinar Salam. Baganutama salute you !!! Hayatilah video youtube ini.