Showing posts with label Live dari bagan pinang. Show all posts
Showing posts with label Live dari bagan pinang. Show all posts

Thursday, October 8, 2009

Live dari Bagan : Tuan Guru Nik Aziz dan Lim Guan Eng di Bagan Pinang pada malam tadi.


Ramai woo. MCA dengan Umno dah goyang beb.


Kedatangan Tok Guru di sambut meriah oleh semua kaum,memang meriah abis tau.Tok guru sampai jer abis semua org cina salam siap cium tangan. Wow!! amazing.


Lihat gambar tu,aku nak amik gambar pun susah sampai aku tersepit kat sebelah asoo.


Tonggak kekuatan Pakatan.


Ketenangan di wajah Tok Guru,dikelilingi semua kaum.


2 YB yang amat rajin berkempen di Bagan Pinang.Cayala YB.

Oklah nanti ada masa lagi aku upload banyak lagi gambar.Banyak gambar menarik tapi tak ada masa nak buat tu semua,malam ni ceramah Pas amat meriah penduduk bagan dah mula keluar pergi mendengar ceramah pas,sebelum ni agak hambar sikit mungkin penat berkerja kot.

Esok dijangka lagi hebat kerana Dato' Seri Anwar Ibrahim akan berkampung di Bagan Pinang hingga malam terakhir.Nantikan cerita dan gambar menarik dari eden. Insya allah.

Live dari Bagan Pinang : Gambar Sekitar Tempat Undi Pos Dikem PUSASDA PD BT 4.


Gambar yg ni kat simpang sekolah rendah sirusa bersebelahan kem JLJ,semangat muslimat pas.


Muslimat Pas dan Pakatan sanggup barpanas untuk merayu undi pada tentera di saat akhir.


Yang ni pulak kat simpang nak masuk kem pusasda kelihatan perayu undi dari Pakatan dan Bn.


Ini pula Dewan Tan Sri Sani dalam kem pusasda tempat berlangsung nya undi pos.



Den tak baloh nak amik gambar dekat-dekat sb tentera ramai sangat kawalan amat ketat,kemera aku dah lah cap ayam.Masa aku lepak dengan ramai tentera kat kedai makan ,aku pun saja tanya2 pasal undi pos tu.

Sakit hati jer dengar apa yang mereka kata,ala bang kita nie keje kerajaan kenalah pangkah untuk dia.

Ada juga tu ceritapegawai spr kata u punya wife tak datang pangkah lah sekali untuk dia ok.Tapi ada juga yang pangkah bulan.Rasa aku dalam 2ribu ada yg beri pada pas.Sebab diorang marah sangat dengan najib dan zahid hamidi.

Hari masa zahid datang,dia kata kamu semua jangan lupa pangkak bn ok,semua dah dapat apa lagi nak cakap.Bongkak punya menteri....

Semalam aku posting budak pas kena pukul,aku ingat yang terakhir tapi lewat malam tadi lagi hebat macam2 terjadi apa lah pemuda umno ni saje je nak cari pasal.Hari ni aku dengar macam2 citer...tak apa nanti apa cite terkini aku akan posting kan k...aku pun tak boleh gerak sorang2 dah diorang budak pemuda umno nak cari blogger sbb bongkar pasal Tok Isa.Aku pun kena hati2 gak pasal malam tadi ada budak umno tanya aku dia kata apa nama blog ko...
tak pernah dia tanya macam ni.Apa kejadah nya.

Aku cakap bila pulak aku ada blogbatu block ada lah.Hehehe.

Wednesday, October 7, 2009

Live dari Bagan Pinang : Pemuda Pas dipukul. Program Pakatan tidak dibenarkan ditempat awam. [3] Bonus gambar Pemuda Pas dipukul.


Polis pun sampai,menjadi kebiasaan bila Umno yg buat hal pihak berkuasa lembab jer nak ambil tindakan.Kemudian FRU sampai.Maleh den nak ambil gambar FRU.


Inilah wajah sahabat kita,lihat kecederaan pada matanya.


Ini yang aku boleh tunjukkan tahap kecederaan sahabat kita.Ini pun masa kat hospital Port Dickson untuk dapatkan rawatan dan akan buat laporan polis diatas kejadian terbabit

Den tidak boleh nak siarkan gambar penuh sahabat kita atas dasar keselamatan nya.Nanti den cuba dapatkan cerita sebenar dari mangsa.

Live dari Bagan Pinang : Umno berkempen dalam Kem di Institut Jentera & Elektrik Tentera Darat (IJRD),Kem Kg Sawah. Panas !!!

Inilah program yang di adakan di padang jalan batu 4 ,pada malamnya penganjur cuba nak gunakan kawasan dalam kem tapi dibantah oleh komamden kem tersebut,puas mereka bertekak dan peganjur mengalihkan program tersebut di sebelah padang kem tersebut di dalam kawasan Sekolah Rendah Sirusa

Tapi pada sebelah paginya telah dialihkan di kawasan padang tesebut,aku diberitahu oleh spy aku dalam kem,biasanya padang tersebut adalah untuk latihan ragbi dan bolasepak oleh pasukan tentera kem tersebut,padangnya cukup terjaga dan kenderaan tentera pun tak pernah diletakkan diatas padang tersebut

Punyalah jaga padang tersebut oleh tentera kem tersebut,tapi pihak penganjur atas arahan BN untuk kempen PRK abis dirogolnya arahan komanden kem tersebut,macam ni ke najib nak istiharkan Port Dickson sebagai bandar tentera tapi tak ada perasaan hormat pada tentera.


Inilah lori-lori yang dibawa diatas padang tersebut,punyalah tak hormat kawasan tentera.


Tengok khemah ditengah-tengah padang kem tersebut.Betul-betul nak jaga hati pemimpin BN.


Umno Bn memang tedesak betul masa kempen ni,macam-macam telah ditabur di bagan pinang ni. Pesta aidilfitri tak abis2 lagi,segala kementeriaan dan jabatan kerajaan digunakan sepenuh nya.Mana pergi SPR?

SPR betul-betul telah di lacur oleh Umno BN.Tidak ada apa-apa tindakan di ambil oleh spr terhadap umno bn,terang2 kesalahan tersebut tetapi sebalik nya kempen Pakatan Rakyat telah dikacau secukupnya, ada saje kesalahan.

Esok tentera dah mula megundi,tapi aku rasa tentera akan buat kejutan pada prk kali nie.Pasal cite dalam tentera semua aku dapat dari pihak dalam juga,ramai yg megeluh,hari tu zahid hamidi datang PD jumpa tentera kat kem kg. sawah siap naik helikopter .

Lepas tu siap beri duit raya rm5000 kat tiap2 unit kat dalam kem PD,lepas tu bagi rm100k untuk naik taraf surau kat dalam kem tersebut.Ada kem komanden di sebuah kem PD berkata kenape sekarang nak beri untuk surau ni,padahal sudah lama kita minta .


Live dari Bagan Pinang : Pemuda Pas dipukul. Program Pakatan tidak dibenarkan ditempat awam. [2]


Pemuda dan ahli pas melihat gelagat pemuda Umno.


Muslimat Pas mengemaskan barang-barang sebalum di roboh oleh pemuda Umno.


Ghairah sungguh pemuda Umno meroboh kan khemah untuk program Pakatan.


Pemuda Umno dengan lagaknya.


Pemuda Pas bersabar dengan tingkah laku mereka.

Live dari Bagan Pinang : Pemuda PAS dipukul. Program Pakatan di tempat awam tidak dibenarkan oleh Umno.


Disini lah tempat dimana kejadian seorang pemuda pas di pukul di taman datuk abd samad dlam upu kg bagan pinang...kelihatan ahli parlimen datu kamarudin baru sampai ditempat kejadian....




YB Zailah pun berasa hairan dan terperanjat melihat apa yg belaku.YB baru sampai ketika itu.


Tempat kejadian mula dipenuhi oleh pemuda Umno dan Pas.


Yang ni pulak batang bendera Pas,samada telah di bakar atau di buang aku pun tak pasti.Tapi Pemuda Pas kata diaorang tengah pasang kkemah dan bendera untuk program Dato' Harun Din.


Pemuda Umno dah ramai datang.


Habis semua kerusi disepah-sepah kan oleh pemuda Umno,tgklah bendera pas kat bawah tu.



Perbincangan di adakan antara pemimpin Pas dan Umno,tapi tahulah Umno nie kan susah nak
cito.

Khemah program untuk Pakatan sedang dibuka oleh pemuda Umno.


Ramai pemimpin PAS ada ketika itu tapi mengambil jalan yg tidak mahu mengeruh kan lagi keadaan.Nanti sambung balik yer den nak solat jap.

Tuesday, October 6, 2009

Live dari Bagan Pinang : Polis tambah penempatan dan logistik. Jom lihat gambar.




Dua tempat ni berada di batu4 kat pantai dan di pantai kg bagan pinang.Kenape tak cukup tempat nak kawal ke wahai abg polis?

Keadaan ni semacam menggambarkan akan berlaku sesuatu yg tidak sihat,ialah den tengok setakat nie kempen amat meriah dah macam pesta.Mana2 tempat ceramah pakatan dan markas amat meriahden gan peniaga dan pegunjung.Mereka bukan saja datang mendengar ceramah sambil tu mereka pun shoping dan makan2.Kenape perlu post ni lagi, cukup lah martek yang besar di pekan PD tu.

Takkan nak buat bbq kat pantai kot.Ajak lah den yer wkakakakaka..........

Monday, October 5, 2009

Live dari Bagan Pinang : Umno kempen pakai tulisan Jawi. Ironi sekali, padahal dia yang hapuskan tulisan Jawi.



Alahai umno.Knape lah ko terdesak sangat,semua orang melayu islam dah tahu bahawa umnolah yg menjahanam kan tulisan jawi.Knape sekarang lak masa kempen nak pakai tulisan jawi.Pasal kat sini ramai melayu nak kempen lah umno ni pejuang islam.Arab kristian pun pakai tulisan jawi. pirahhhhhhhhhh.....

Anak2 muda kat pantai pun ramai yang dah buta tulisan jawi nie.Ini lah angkara umno.Para pegundi bagan pinang pada hari ke4 kempen nie mula dah perasan cara kempen buruk umno. Bak kata jiran aku sebelah ni,"kita dah jadi bangang asik mentedarah jer".

Itu lah umno talian hayat dia kat bagan pinang nie, Makan,hiburan,artis,hamper,duit.
Bak kata Nabil,lu pk la sendiri.

Live dari Bagan Pinang : Bn/Umno guna kempen fitnah. Pakatan cepat ambil tindakan !!!



PR Mesti paksa BN turun kan bahan kempen ini ,hari ini juga.
BN hanya pandai menipu rakyat.

Live dari Bagan Pinang : Pergolakkan dalam Umno memang parah di Bagan. Ini buktinya !!!


Dipercayai penyokong Tok Isa Samad yang mengalungkan selipar kpd Tun M,Muhyidin dan Mat Hasan.Penyokong Tok Isa cepat belajar dari MIC.Mari kita semak kenapa mereka bertiga dikalungkan selipar.Mat Hasan sebab tak mahu Tok Isa berkuasa semula di N9.Muhyidin pula kerana perselisihan faham dengan Tok Isa semasa bertanding jawatan naib presiden Umno dahulu.Untuk Tun M ,Tun M lebih rasuah dari Tok Isa.



Banner diatas pula dipercayai dibuat oleh penyokong Tun M yang juga pengundi Bagan Pinang yang tidak berpuas hati bila Tok Isa dicalonkan.Mereka tahu rekod buruk pentadbiran Tok Isa semasa Menjadi MB N9 dulu.Mereka-mereka inilah yang menyokong Mat Hasan untuk hanya menamakan Ketua Wanita Umno Telok Kemang sebagai calon di Bagan.Tapi telah dipintas oleh unit risik Tok Isa.Lalu keluar banner boikot prk di seluruh Bagan.Klik untuk lihat banner boikot dari penyokong Tok Isa.


*Gambar diambil semalam iaitu pada ahad,4 Okt 2009.Hari ini bila kami memeriksa semula,ia telah hilang. Alhamdulillah,ini bukan dari Pakatan Rakyat.

Live dari Bagan Pinang : Orang Umno memang jeles dengan den sobab gambar ni !!!


Sebelum kerja tangkap gambar dulu.


Bang,tak payah lah nak berceramah.Hari dah paneh haa.


Nandri,nandri.Dey!! macha.Kami mau sapedek.


Lebih 15 pemuda India telah membantu pakatan dan selamba pakai baju calon gambar PAS.Tetiba datang 2 lelaki India yg berumur lingkungan 45 tahun ke atas.


Pemuda India yang lain buat tak reti,terus berkhidmat untuk Pakatan.


Ingatkan 2 lelaki india yg veteran ni tanya jalan.Rupanya menghasut pemuda india ni meninggalkan khidmat mereka kpd Pakatan.Lelaki yg memakai baju kemeja 'tuck in' tengah menerang bahawa MB selangor Tan Sri Khalid seorang peminum arak.Dia juga beritahu bahawa Anwar Ibrahim adalah peliwat tegar.


Takde hal bro.Kami tak pecaya apa yg dia cakap.

*Kejadian belaku pada ahad 4 Okt 2009.Pemuda-pemuda india terbabit meneruskan khidmat mereka dan tidak memperdulikan 2 lelaki tua itu.